Tuesday, September 16, 2008

Selamat Datang Ke Blog Saya

Selamat datang ke blog yang buat kali pertamanya dibina oleh saya pada 16 September pada pukul 8.30 malam dengan bantuan ayah saya.

6 comments:

aquaboy said...

Saya dah berjaya masuk dalam blog saya sendiri.

aquaboy said...

kalau nak masuk pakai bahasa melayu je, jangan pakai bahasa lain.

Anonymous said...

tahniah, harap gunakan dan isi blog ini dengan sebaiknya.

Anonymous said...

cuba lihat masa tu tak sama ... betulkan guna waktu malaysia bukan eropah...

Anonymous said...

MAKSUD AYAT-AYAT DALAM SOLAT

ALLAH MAHA BESAR

DOA IFTITAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajah ku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solat ku,
Ibadat ku,
hidup ku,
mati ku
adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepada ku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjuklah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

BACAAN KETIKA RUKUK
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

BACAAN KETIKA IKTIDAL
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

BACAAN KETIKA SUJUD
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatlah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjat ku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati
ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

DOA QUNUT
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjukkan.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untuk ku apa-pa yang telah Engkau berikan pada ku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinan Mu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatlah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak ke syurga mu ...namun tak pula aku sanggup
ke Neraka mu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas dari mu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibu bapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia".

Tuhan ku
Aku tak layak masuk syurga mu
Namun tak upaya
Menghadapi api neraka mu
Terima taubat ku
Dan ampunkan
Dosa-dosa ku
Sesungguhnya Engkau
Mengampunkan dosa hamba Mu

psykid said...

ok